PENGLIBATAN MURID DALAM
KELAB DAN PERSATUAN
Kelab dan persatuan merupakan salah satu dari komponen kegiatan kokurikulum yang wajib dilaksanakan. Murid bukan sahaja dinilai dari sudut kecemerlangan akademik semata-mata malah penilaian dalam kegiatan kokurikulum menjadi salah satu aspek terpenting melahirkan kemenjadian murid. Kemahiran insaniah perlu dipupuk dan ia agak mustahil dilaksanakan semasa Pengajaran dan Pemudahcaraan (PDPc) kerana kemahiran ini bersifat keperibadian iaitu berperanan membentuk personaliti yang berkembang dari masa ke masa melalui pertumbuhan dan kematangan peribadi. Ia tidak boleh diajar melalui buku sebaliknya murid perlu merasai dan menguasai sendiri kemahiran ini dengan menyertai aktiviti kokurikulum yang dirancang.
Di Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim, terdapat 15 Unit Kelab dan Persatuan yang mendaftar antaranya adalah :
PERSATUAN
Persatuan Bahasa Melayu
Persatuan Bahasa Inggeris
Persatuan Agama Islam
Persatuan Bahasa Arab
KELAB
Kelab STEM
Kelab Komputer
Kelab Pencegahan Jenayah
Kelab Pengguna
Kelab Kesenian dan Kebudayaan
Kelab SPBT
Kelab Bimbingan dan Kerjaya
Kelab Rukun Negara
Kelab Doktor Muda
Kelab Alam Sekitar Sekolah
Kelab Keselamatan Jalan Raya
Penyertaan dalam kokurikulum membuatkan mereka belajar mengendalikan diri menerusi maklum balas spontan daripada rakan orang lain. Kemahiran insaniah mereka akan berkembang dan teruji sama ada perlu bersabar atau memberi tindak balas secara negatif atau positif. Kecerdasan mengawal emosi seperti ini tidak dapat diajar secara formal sebaliknya murid perlu melaluinya sendiri seperti kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif selain kebolehpercayaan bekerjasama dengan rakan sebaya. Kemahiran insaniah yang kuat biasanya menjadikan seseorang murid serba boleh, beradab, baik dan beretika. Unit kokurikulum Sekolah Kebangsaan Datu' Hashim sentiasa memantau penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dianjurkan sama ada di peringkat sekolah, QIT/Daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.