PANDU PUTERI TUNAS

Apa itu PPT?

Pandu Puteri Tunas (PPT) merupakan pasukan pertama yang ditubuhkan di Malaya iaitu pada tahun 1920. Pada mulanya, Pandu Puteri Tunas dikenali dengan nama Brownie. Nama Brownie kekal digunakan hingga tahun 1984. Pada 30 November 1984, Jawatankuasa Kerja Kebangsaan telah mengadakan mesyuarat dan bersetuju untuk menukar nama Brownie kepada Tunas Puteri. Nama ini lebih sesuai digunakan selaras dengan perkembangan bahasa di negara kita. Tunas Puteri berasal daripada gabungan dua perkataan iaitu Tunas dan Puteri. Tunas bermaksud pucuk yang mula tumbuh, bakal menjadi sebatang pokok. Kemudian pokok ini akan menghasilkan buah yang baik jika dipupuk dan dijaga dengan baik sejak tunas lagi. Perkataan puteri pula bermaksud gadis bangsawan yang lemah lembut, yang membayangkan sifat-sifat rupawan, kesopanan dan kemuliaan diri. Gabungan huruf TUNAS PUTERI mengandungi erti yang mendalam dan mengandungi sifat-sifat warganegara yang sempurna.


T Tolong orang selalu

U Untuk menunaikan kewajipan kepada Tuhan, Raja dan Negara

N Nilai hidup yang murni

A Akhlak yang utuh

S Selalu senyum tanda persahabatan


P Patuh kepada undang-undang Pandu Puteri Tunas

U Utamakan tanggungjawab sendiri

T Tabah menghadapi cabaran

E Erat dalam perpaduan

R Rela berkhidmat untuk masyarakat

I Indah budi bahasa